BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 5, 2010

datang dan pergi silih berganti

Setelah pemergian Even, June jadi gelisah, tak duduk diam dalam cage. Asyik gigit dan goncang pintu minta keluar. kesian lak dia. So, kami pun pergi ke petshop dan dapatkan seekor arnab jantan warna kelabu. Kami beri nama Abu. Umur lebih muda sikit je daripada June.

Sejak ada Abu, June jadi baik sangat. tak de lagi tunjuk sikap memberontak. Dia banyak mengalah pada Abu. Yangsi Abu lak tunjuk kuasa sepenuhnya.... Dia pantang tengok June minum air, walau dia tengah tidur sekalipun, dengar June minum cepat2 dia rampas daripada June. June pun mengalah je.

Tapi umur Abu pun tak panjang, lepas seminggu kami jaga dia, dia mati secara mengejut, tanpa sakit2 macam Even. June kembali mengganas semula.....

Selepas tu, kami pun beli lagi seekor arnab jantan baka lionhead berwarna kelabu. Kami namakan dia Amei....Amei pun membesar bersama June sehingga sekarang, dah jadi laki bini dan beranak pinak pun ! heheheh....

0 comments: