Cheeewah....ada sejarah la pulak ! biasalah, semua benda ada sejarah kan ?
Bermulanya penternakan arnab kami beginilah ceritanya :
Aku ni memang suka sangat kat binatang, terutama kucing, pendek kata tempat aku paling suka pergi ialah zoo...kihkihkih.
Aku ni memang suka sangat kat binatang, terutama kucing, pendek kata tempat aku paling suka pergi ialah zoo...kihkihkih.
Aku membesar dengan dikelilingi oleh kucing-kucing yang comel dan manja. Cuma sejak aku kerja ni, aku tak berpeluang nak bela kucing.Bukan apa, rumit sikitlah sebab rumah aku kat tingkat3, tak de tanah, susah lak kucing nak berak. Tapi rindunyaaaa la nak peluk cium kucing !
Pada 11 Jun 2009, hari lahir aku. Husband aku pun tanya nak apa sebagai hadiah, dia bagi aku pilih sendiri. Ntah macamana terlintas di fikiran aku nakkan seekor arnab sebagai ganti kucing. Aku fikir bela arnab lagi senang, boleh letak dalam cage je, najis tak berbau macam kucing.
Dipendekkan cerita, permintaan aku dipenuhi. time tu jugak kami pergi ke petshop dan beli seekor arnab jantan berumur 1 bulan dan kuberi nama E-ven bersempena Eleven June.
Seminggu selepas kehadiran Even, kami sekali lagi ke petshop yang sama untuk mencari teman E-ven. Kami beli seekor arnab betina yang sebaya umur dengan Even. Kami beri nama June. Maka lengkaplah Eleven June. Bulu June warna Oren.
Setelah dua minggu kami jaga Even, Even mengalami cirit-birit yang teruk. Mula-mula kami beli ubat dari petshop yang sama, tapi tak berkesan. Selepas dua hari kami bawa Even ke veterinar. Doktor kata dia tak biasa dengan arnab, katanya arnab haiwan eksotik. Dia nak suntik Even, tapi dia belek buku tebal dia dulu untuk pastikan jenis ubat dan jumlah dos suntikan. Buat aku risau je..... even di beri dua suntikan.
malamnya, kami dapati cirit-birit E-ven makin teruk. Kesian dia. Kami pun tak tau nak buat apa lagi. Keesokan paginya, kami dapati E-ven sudah tidak bernyawa lagi. June kelihatan gelisah di sisi tubuh E-ven, dihidu dan dibelek-belek. June mengintai2 ke luar cage, seolah-olah ingin memberitahu kami pemergian E-ven. Rabbit pertamaku dah pergi, sedih sgt2.....
0 comments:
Post a Comment