BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 8, 2010

baby baru....

assalamualaikum.....dah lama tak update blog sebab tak de berita terkini tentang my rabbits....3 bulan x de baby baru yang lahir, ramai lak yang call nak beli rabbit. I'm sorry, tiada stok.

5 ogos 2010, dua ekor rabbit jantan aku korbankan....tu yang dah tak laku dijual, rupanya susah nak jual yang jantan ni. nak bela pun ramai sgt lak jantan. lagipun penat la bela yang jantan, x larat nak bersihkan lantai setiap hari, suka pancut kencing jauh2....hmmmm....

tapi sedih gak la, suami bawa Bibi dan Ee n 'uruskan' jauh dari rumah, tiba-tiba bawa balik yang dah siap potong...huhu...sedihnya ! sampai sekarang tak bagi suami ceritakan kisah macamana dia 'uruskan' diorang tu.....huhu....cedih.

tengah2 bersedih tu, 7 ogos 2010, Nana melahirkan 4 babies yang comel2 ! tapi sekor mati selepas beberapa jam dilahirkan. ni la anak-anak Bibi.....

Friday, June 18, 2010


Tuesday, May 11, 2010

manjanya.....



aku paling suka tengok gaya arnabku tidur. sangat manja dan menawan....kalau kita usik pun dia x sedar dah, nyenyak sgt...ni antara aksi-aksi tidur arnabku....






Arnabkiut guru pertamaku...terima kasih.

ini petikan drp persoalan aku kepada arnabkiut dan telah dijawab dalam blognya yang sehingga kini menjadi rujukan utamaku dalam penternakan arnab ni....

assalamualaikum.....
saya mengikuti blog arnabkiut sejak saya membela seekor arnab (baka kampung, umur 1 bulan) pada 10 jun 2009. lepas tu saya beli seekor lagi arnab betina (baka kampung,umur 28 hari) pada 30 jun dan diletakkan dalam sangkar yang sama dengan arnab betina tadi. saya beri makan dedak, alfafa dan sekali sekala sayur2 (kangkung/kobis/kacang buncis/carrot).
9 julai arnab jantan tu mati setelah cirit birit selama 2 minggu. sebelum tu saya ada beri dia ubat cirit birit & antibiotik dari pet shop selama 2 minggu. ptg 8 julai saya bawa ke vet, dan diberi 2 suntikan, 1 untuk cirit birit dan 1 untuk kurap yang hanya sebesar biji beras di telinganya. mula2 saya rasa was-was gak dengan doktor tu, sebab doktor tu terlalu muda lg, baru abis blaja kot, dia nak suntik pun dia belek2 buku rujukan lagi utk pastikan jenis ubat dan jum dos yang perlu disuntik, dia kata susah skit sb arnab ni haiwan eksotik (BETUL KE EKSOTIK?). malamnya, arnab tu berak sangat banyak dan tghmlm mati. ARNAB TU MATI SEBAB CIRIT BIRIT KE SEBAB DOKTOR TU BAGI UBAT SALAH/LEBIH DOS?
seminggu lepas tu saya beli arnab jantan lain (baka kampung,umur 1 bulan). tapi dia mati secara tiba-tiba lps 2 minggu saya bela. tapi saya cuma bagi pallet je. saya berhenti bagi alfafa sb stiap kali bagi, mesti najis dia jadi lembik. SEBAB APA YE?
yang betina tu sihat walafiat lak, minggu dpn umur dia masuk 3 bln, dan smlm saya beli arnab jantan baru (lionhead umur 2 bln stgh) utk jd kwn dia, risau sgt takut yang ni pun mati gak nanti. harap boleh bagi sedikit panduan sikit tentang masalah ni.....terima kasih.

Dicatat oleh suriati jaafar ke Arnab Kiut Comei pada 2009 Ogos 30 10:31



Terima kasih kerana mengikuti Arnab Kiut Blog~
Ada dua(2) jawapan kepada persoalan anda,

Pertama
• Arnab dibawah dua(2) bulan tidak boleh diberi sebarang sayur-sayuran hijau. Kenapa? Sistem penghadaman arnab yang berusia dibawah umur dua(2) bulan masih tidak mampu untuk memproses sebarang makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi. Sistem perutnya semasa umur ini kurang mengeluarkan bakteria berguna yang akan menguraikan makanan tadi menjadi nutrien yang diserap oleh badannya. Elakkan dari membeli anak arnab kurang dari dua(2) bulan usianya. Pada usia ini, anak arnab masih memerlukan ibunya untuk belajar berdikari, kesan dari proses pemisahan dengan ibu pada usia ini akan membawa kepada masalah kemurungan(stress) yang membawa kepada anak arnab tidak mahu makan, ini akan menyebabkan anak arnab mengalami cirit-birit dan badannya kekurangan air(dihidrasi) dan penyudah kepada gejala-gejala tadi ialah MATI... Anak arnab pada usia ini akan memakan cecal(tahi tahap satu) dari ibunya yang mengandungi kandungan nutrien yang tinggi, ini membantu anak arnab untuk terus hidup, ia akan berhenti bergantung dengan cecal ibunya pada usia lebih kurang 2 bulan. Pada usia lebih 2 bulan ia akan memakan cecalnya sendiri sekaligus terus tidak bergantung kepada susu ibunya dan hanya bergantung kepada pellet atau makanan lain.
• Sebarang pemberian tumbuhan hijau hanya boleh diberi selepas umur 2 bulan, tumbuhan hijau yang hanya boleh diberi kepada arnab selalunya dari jenis yang tidak berunsur terlalu banyak kandungan air, contoh yang paling baik ialah Napier. Penyediaan Napier untuk arnab pula adalah dengan cara menyahhidratkan air dari daun napier dengan cara menjemur atau membiarkan napier tadi sedikit layu. Pagi diambil, petang baru bagi makan. Alfalfa hay sangat baik untuk anak arnab dan arnab2 yang lain. Tinggi kandungan protein yang membantu tumbesaran arnab. Seeloknya elakkan memberi sayur-sayuran yang berunsur angin(contoh kobis), jika diberi berlebihan, arnab boleh kembung.
Kedua
• Vet kurang arif pasal arnab.... (selalunya vet lebih mendalami perihal kucing dan anjing...)
Okie? terima kasih sekali lagi~
Jangan marah-marah... ehehehe perkara biasa biler kita mula-mula belajar memelihara arnab akan terjadi perkara-perkara seperti ini..

Yang Berkhidmat Untuk Arnab,
Ahmad Fahmi Alias

Tuesday, April 27, 2010

generasi kedua

Pada hari sabtu, 25 April 2010 lebih kurang pukul 3.00 petang, June melahirkan 7 ekor baby. Kami masa tu tengah bergegas nak ke KLIA untuk balik kampung, flight jam 6.25 petang. Terkejut gak la, time macam ni la dia nak beranak..... kami uruskan tempat baby2 tu segera dan minta tolong jiran tengok-tengokkan diorang tu sehingga aku balik....Terima kasih banyak-banyak buat Aisyah dan suami....


Tuesday, April 6, 2010

FOR SALE....


Nama: Aa (SOLD OUT)


Nama : Bibi


Nama : Cici (SOLD OUT)


Nama : Didi (SOLD OUT)


Nama : Ee


Mereka berlima di adik-beradik, anak kepada June & Amei, D.O.B : 10 Feb 2010.

Pendatang Baru....

Kami bincang-bincang tentang halatuju penternakan arnab kami. Setelah difikir-fikir, dan ditimbang-timbang maka buat keputusan untuk menjual semua anak-anak June dan Amei (walau hati dah sayang....) .Kemudian kami akan carikan bini baru lagi untuk Amei, hmmmm....berpoligami la Amei nanti.


Pada 3 April yang lepas kami pun pergi beli dua ekor lagi arnab betina berumur 2 tahun setengah. Dah matang nanti kami nak kawinkan dengan Amei. Lepas tu, kami nak wat bisnes anak arnab je.....


Ini namanya Nana


Ini lak namanya Nini







Monday, April 5, 2010

New Born

Setelah 7 bulan lebih kami bela June dan Amei, maka tibalah masa untuk menimang cahayamata....cheeeeewah !

Kami pun sebenarnya tak sedar pun June bunting, langsung tak de tanda-tanda (macam yang aku baca dalam blog-blog arnab). Tiba-tiba suatu pagi tu (10 Feb 2010), adik ipar aku ternampak ada benda dok tergolek2 dan bergerak2 di luar sangkar June dan Amei. Masa tu aku pun memang letak Amei dan June dalam satu sangkar.


Bila aku tengok, rupa2nya June dah beranak. Anaknya semua 8, tapi 2 dah lenyek. Mungkin dikerjakan Amei. Segera kami asingkan June dan Amei.

Dalam umur diorang tu 5 hari, kami balik kampung, kami tinggalkan diorang ni kat babysitter (aduaiiiii....rabbit pun ada babysitter gak ke ???). Kami balik setelah diorang berumur 10 hari. Bulu nipis dah tumbuh tapi mata belum bukak lagi. Babysitter cakap, sekor mati kes buang bayi. Ish ish ish....ada jugak kes macam ni di kalangan arnab yek ? tiap2 hari June letak anak dia yang mati tu kat luar kotak. Akhirnya dia mati. Tinggallah 5 ekor.

Antara 5 ekor tu, ada dua ekor yang paling kecil, risau takut mati jugak. So, husband aku tiap2 malam paksa si June tu susukan anak dia yang kecil tu. Sekarang semuanya dah besar.....

datang dan pergi silih berganti

Setelah pemergian Even, June jadi gelisah, tak duduk diam dalam cage. Asyik gigit dan goncang pintu minta keluar. kesian lak dia. So, kami pun pergi ke petshop dan dapatkan seekor arnab jantan warna kelabu. Kami beri nama Abu. Umur lebih muda sikit je daripada June.

Sejak ada Abu, June jadi baik sangat. tak de lagi tunjuk sikap memberontak. Dia banyak mengalah pada Abu. Yangsi Abu lak tunjuk kuasa sepenuhnya.... Dia pantang tengok June minum air, walau dia tengah tidur sekalipun, dengar June minum cepat2 dia rampas daripada June. June pun mengalah je.

Tapi umur Abu pun tak panjang, lepas seminggu kami jaga dia, dia mati secara mengejut, tanpa sakit2 macam Even. June kembali mengganas semula.....

Selepas tu, kami pun beli lagi seekor arnab jantan baka lionhead berwarna kelabu. Kami namakan dia Amei....Amei pun membesar bersama June sehingga sekarang, dah jadi laki bini dan beranak pinak pun ! heheheh....

Sejarahnya bermula di sini

Cheeewah....ada sejarah la pulak ! biasalah, semua benda ada sejarah kan ?
Bermulanya penternakan arnab kami beginilah ceritanya :
Aku ni memang suka sangat kat binatang, terutama kucing, pendek kata tempat aku paling suka pergi ialah zoo...kihkihkih.

Aku membesar dengan dikelilingi oleh kucing-kucing yang comel dan manja. Cuma sejak aku kerja ni, aku tak berpeluang nak bela kucing.Bukan apa, rumit sikitlah sebab rumah aku kat tingkat3, tak de tanah, susah lak kucing nak berak. Tapi rindunyaaaa la nak peluk cium kucing !

Pada 11 Jun 2009, hari lahir aku. Husband aku pun tanya nak apa sebagai hadiah, dia bagi aku pilih sendiri. Ntah macamana terlintas di fikiran aku nakkan seekor arnab sebagai ganti kucing. Aku fikir bela arnab lagi senang, boleh letak dalam cage je, najis tak berbau macam kucing.






Dipendekkan cerita, permintaan aku dipenuhi. time tu jugak kami pergi ke petshop dan beli seekor arnab jantan berumur 1 bulan dan kuberi nama E-ven bersempena Eleven June.

Seminggu selepas kehadiran Even, kami sekali lagi ke petshop yang sama untuk mencari teman E-ven. Kami beli seekor arnab betina yang sebaya umur dengan Even. Kami beri nama June. Maka lengkaplah Eleven June. Bulu June warna Oren.
Setelah dua minggu kami jaga Even, Even mengalami cirit-birit yang teruk. Mula-mula kami beli ubat dari petshop yang sama, tapi tak berkesan. Selepas dua hari kami bawa Even ke veterinar. Doktor kata dia tak biasa dengan arnab, katanya arnab haiwan eksotik. Dia nak suntik Even, tapi dia belek buku tebal dia dulu untuk pastikan jenis ubat dan jumlah dos suntikan. Buat aku risau je..... even di beri dua suntikan.
malamnya, kami dapati cirit-birit E-ven makin teruk. Kesian dia. Kami pun tak tau nak buat apa lagi. Keesokan paginya, kami dapati E-ven sudah tidak bernyawa lagi. June kelihatan gelisah di sisi tubuh E-ven, dihidu dan dibelek-belek. June mengintai2 ke luar cage, seolah-olah ingin memberitahu kami pemergian E-ven. Rabbit pertamaku dah pergi, sedih sgt2.....












Assalamualaikum sebagai pembuka bicara....

Alhamdulillah atas segala limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah ke atas kami suami isteri.... Blog ini kami sediakan sebenarnya hanya untuk berkongsi cerita sahaja, kalau nak kongsi ilmu pasal arnab tu tak leh lagi sebab kami pun baru sahaja belajar. Blog ini juga adalah sebagai catatan penting kami khususnya dalam penternakan arnab ini. Kami ni bukanlah penting kami khususnya dalam penternakan arnab ni. Kami ni bukanlah penternak arnab secara besar-besaran. baru-baru belajar nak bela arnab je. ilmu pasal arnab pun tak banyak mana, timba pengalaman sikit-sikit.

Sepanjang penglibatan kami dengan arnab ni, dah banyak blog arnab yang kami rujuk. Melalui blog-blog itu lah kami belajar cara-cara nak bela arnab. Terima kasih kepada arnab Kiut, NS Rabbit, Arnab Ar-Rasya dan Arnab Manja. Diorang semua banyak bagi panduan pada kami. Insyaallah, jika diizinkanAllah, ada gak la teringin nakbuat secara besar-besaran. Doakan kami.....