BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 23, 2011

sedih lagi....


Baru sahaja si nini yang menghentam anaknya semalm, mlm td si June pulak beranak 3 ekor dan ketiga-tiganya mati dikerjakannya dalam sekelip mata....kenapa la agaknya dua-dua ibu ini bertindak begitu ???

Saturday, January 22, 2011

kehadiran yang menggembirakan

dah lama blog ni tak diupdate, sb x de perkembangan terkini tentang arnab kami. setelah amei, satu2nya induk jantan kami mati mengejut, jadi terpaksalah kami tunggu sin chan besar dulu untuk dikahwinkan....


alkisahnya, sebaik sahaja umur sin chan 4 bulan, kami pun mula la kawinkan, maka inilah hasilnya, lahir pada 22 Januari 2011. Lahir 3 ekor, tp malangnya ibunya ni lain macam sikit, tak tau kenapa, sekor mati dikerjakan si ibu..... yang sekor tu dah digigit2 sehingga putus sebelah telinga, tp nasib baik sempat diselamatkan. sekarang dua-dua baby dok berasingan daripada ibunya, kami usahakan 2 atau 3 kali sehari untuk disusukan.....


nini selepas sehari beranak....

2 ekor anak nini dan sin chan yang masih hidup...


parah dicederakan ibu sendiri, kalau panjang umur ni telinga dah kudung sebelah la...

harap-harap dua-dua baby ni panjang umur...