BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 11, 2010

manjanya.....



aku paling suka tengok gaya arnabku tidur. sangat manja dan menawan....kalau kita usik pun dia x sedar dah, nyenyak sgt...ni antara aksi-aksi tidur arnabku....






Arnabkiut guru pertamaku...terima kasih.

ini petikan drp persoalan aku kepada arnabkiut dan telah dijawab dalam blognya yang sehingga kini menjadi rujukan utamaku dalam penternakan arnab ni....

assalamualaikum.....
saya mengikuti blog arnabkiut sejak saya membela seekor arnab (baka kampung, umur 1 bulan) pada 10 jun 2009. lepas tu saya beli seekor lagi arnab betina (baka kampung,umur 28 hari) pada 30 jun dan diletakkan dalam sangkar yang sama dengan arnab betina tadi. saya beri makan dedak, alfafa dan sekali sekala sayur2 (kangkung/kobis/kacang buncis/carrot).
9 julai arnab jantan tu mati setelah cirit birit selama 2 minggu. sebelum tu saya ada beri dia ubat cirit birit & antibiotik dari pet shop selama 2 minggu. ptg 8 julai saya bawa ke vet, dan diberi 2 suntikan, 1 untuk cirit birit dan 1 untuk kurap yang hanya sebesar biji beras di telinganya. mula2 saya rasa was-was gak dengan doktor tu, sebab doktor tu terlalu muda lg, baru abis blaja kot, dia nak suntik pun dia belek2 buku rujukan lagi utk pastikan jenis ubat dan jum dos yang perlu disuntik, dia kata susah skit sb arnab ni haiwan eksotik (BETUL KE EKSOTIK?). malamnya, arnab tu berak sangat banyak dan tghmlm mati. ARNAB TU MATI SEBAB CIRIT BIRIT KE SEBAB DOKTOR TU BAGI UBAT SALAH/LEBIH DOS?
seminggu lepas tu saya beli arnab jantan lain (baka kampung,umur 1 bulan). tapi dia mati secara tiba-tiba lps 2 minggu saya bela. tapi saya cuma bagi pallet je. saya berhenti bagi alfafa sb stiap kali bagi, mesti najis dia jadi lembik. SEBAB APA YE?
yang betina tu sihat walafiat lak, minggu dpn umur dia masuk 3 bln, dan smlm saya beli arnab jantan baru (lionhead umur 2 bln stgh) utk jd kwn dia, risau sgt takut yang ni pun mati gak nanti. harap boleh bagi sedikit panduan sikit tentang masalah ni.....terima kasih.

Dicatat oleh suriati jaafar ke Arnab Kiut Comei pada 2009 Ogos 30 10:31



Terima kasih kerana mengikuti Arnab Kiut Blog~
Ada dua(2) jawapan kepada persoalan anda,

Pertama
• Arnab dibawah dua(2) bulan tidak boleh diberi sebarang sayur-sayuran hijau. Kenapa? Sistem penghadaman arnab yang berusia dibawah umur dua(2) bulan masih tidak mampu untuk memproses sebarang makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi. Sistem perutnya semasa umur ini kurang mengeluarkan bakteria berguna yang akan menguraikan makanan tadi menjadi nutrien yang diserap oleh badannya. Elakkan dari membeli anak arnab kurang dari dua(2) bulan usianya. Pada usia ini, anak arnab masih memerlukan ibunya untuk belajar berdikari, kesan dari proses pemisahan dengan ibu pada usia ini akan membawa kepada masalah kemurungan(stress) yang membawa kepada anak arnab tidak mahu makan, ini akan menyebabkan anak arnab mengalami cirit-birit dan badannya kekurangan air(dihidrasi) dan penyudah kepada gejala-gejala tadi ialah MATI... Anak arnab pada usia ini akan memakan cecal(tahi tahap satu) dari ibunya yang mengandungi kandungan nutrien yang tinggi, ini membantu anak arnab untuk terus hidup, ia akan berhenti bergantung dengan cecal ibunya pada usia lebih kurang 2 bulan. Pada usia lebih 2 bulan ia akan memakan cecalnya sendiri sekaligus terus tidak bergantung kepada susu ibunya dan hanya bergantung kepada pellet atau makanan lain.
• Sebarang pemberian tumbuhan hijau hanya boleh diberi selepas umur 2 bulan, tumbuhan hijau yang hanya boleh diberi kepada arnab selalunya dari jenis yang tidak berunsur terlalu banyak kandungan air, contoh yang paling baik ialah Napier. Penyediaan Napier untuk arnab pula adalah dengan cara menyahhidratkan air dari daun napier dengan cara menjemur atau membiarkan napier tadi sedikit layu. Pagi diambil, petang baru bagi makan. Alfalfa hay sangat baik untuk anak arnab dan arnab2 yang lain. Tinggi kandungan protein yang membantu tumbesaran arnab. Seeloknya elakkan memberi sayur-sayuran yang berunsur angin(contoh kobis), jika diberi berlebihan, arnab boleh kembung.
Kedua
• Vet kurang arif pasal arnab.... (selalunya vet lebih mendalami perihal kucing dan anjing...)
Okie? terima kasih sekali lagi~
Jangan marah-marah... ehehehe perkara biasa biler kita mula-mula belajar memelihara arnab akan terjadi perkara-perkara seperti ini..

Yang Berkhidmat Untuk Arnab,
Ahmad Fahmi Alias